GARIS PANDUAN MENGURUSKAN STAF BERMASALAH

Please download to get full document.

View again

of 46
4 views
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.

Download

Document Related
Document Description
GARIS PANDUAN MENGURUSKAN STAF BERMASALAH KANDUNGAN 1. Pendahuluan 1 2. Lampiran 1 Prosedur Pemotongan Emolumen Bagi 6 Kes Tidak Hadir Betugas 3. Lampiran 2 Prosedur Kaunseling Staf Lampiran 3 Prosedur
Document Share
Document Transcript
GARIS PANDUAN MENGURUSKAN STAF BERMASALAH KANDUNGAN 1. Pendahuluan 1 2. Lampiran 1 Prosedur Pemotongan Emolumen Bagi 6 Kes Tidak Hadir Betugas 3. Lampiran 2 Prosedur Kaunseling Staf Lampiran 3 Prosedur Penamatan Perkhidmatan Staf Lampiran 4 Prosedur Memperakukan Staf Ke 26 Lembaga Perubatan 6. Lampiran 5 Prosedur Persaraan Demi Kepentingan 32 Perkhidmatan Awam (PDKPA) 7. Lampiran 6 Prosedur Tindakan Tatatertib Di 37 Peringkat PTj GARIS PANDUAN MENGURUSKAN STAF BERMASALAH Pendahuluan 1. Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatan mengenai kaedah menguruskan staf bermasalah. 2. Pengurusan sumber manusia adalah aspek penting dalam sesebuah organisasi. Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang mempunyai staf di bawah penyeliaannya bertanggungjawab menguruskan sumber manusia sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana Ketua Jabatan atau pegawai akan berhadapan dengan staf bermasalah. Takrifan Staf Bermasalah 3. Secara umumnya staf bermasalah adalah staf yang tidak mematuhi peraturan dan nilai etika yang telah ditetapkan oleh Universiti yang akan memberi kesan kepada prestasi dan produktiviti Jabatan. 4. Kategori staf bermasalah: (1) Kualiti peribadi Seseorang yang tidak berintegriti seperti tidak bertanggungjawab, tidak jujur, tidak amanah dan tidak ikhlas dalam melaksanakan tugas (2) Mental dan fizikal Tingkah laku atau perangai staf sukar dikawal dari segi emosi, minda dan fizikal pada masa tertentu (3) Daya kepimpinan Staf yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk merancang, mengatur, membahagi dan mengendalikan sesuatu tugas (4) Lalai dan cuai Staf yang tidak memberikan tumpuan kepada tugas hakikinya atau memberi keutamaan kepada tugas yang tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif organisasi (5) Penyesuaian diri Staf tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keperluan kerja semasa (6) Disiplin Staf yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti serta tidak upaya melaksanakan tugas yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan (7) Hubungan sesama staf Staf yang mempunyai masalah hubungan dengan Ketua/ Penyelia, rakan sejawat, staf bawahan dan pelanggan Prosedur Menguruskan Staf Bermasalah 5. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan berikut : (1) Nasihat/motivasi Adakan perbincangan dengan staf bagi mengenal pasti masalah dan memberi peluang kepada staf memberi keterangan di samping memberi nasihat supaya staf memperbaiki kelemahan. (2) Amaran Lisan Jika staf masih didapati tidak memperbaiki kelemahannya, beri amaran lisan kepada staf berkenaan. Amaran lisan ini perlu direkodkan dalam fail peribadi staf dengan menyatakan tujuan, tarikh dan hasil perbincangan. Amaran lisan sewajarnya diberi sekali sahaja. (3) Amaran Bertulis Secara Pentadbiran Jika amaran lisan tidak berkesan, amaran bertulis secara pentadbiran hendaklah dibuat. Amaran bertulis hendaklah mengandungi: (a) (b) (c) Kenyataan mengenai permasalahan; Peruntukan di mana peraturan/undang-undang yang dilanggar (jika berkaitan); Akibat permasalahan kepada Jabatan/organisasi; 2 (d) Kenyataan berkaitan tindakan seterusnya yang akan diambil. Amaran bertulis ini hendaklah diberikan kepada staf berserta akuan terima oleh staf dan satu salinan dimasukkan dalam fail peribadi. Amaran bertulis ini wajar diberikan sekali sahaja. (4) Tindakan Lain Secara Pentadbiran (a) Pemotongan Emolumen Bagi kes ketidakhadiran bertugas tanpa terlebih dahulu mendapat cuti atau kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah, Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM) supaya tindakan pemotongan emolumen diambil terhadap staf. Prosedur mengenai tindakan pemotongan emolumen adalah seperti terkandung dalam Lampiran 1 Prosedur Pemotongan Emolumen Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas. (b) Kaunseling Staf Ketua Jabatan boleh merujuk staf bermasalah untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di BSM bagi kes-kes berikut: (i) (ii) (iii) Staf yang normal tetapi mempunyai masalah seharian yang tidak dapat diselesaikan kerana tekanan emosi, kebuntuan fikiran dan sebagainya. Staf yang menghadapi masalah personaliti dan emosi yang sederhana Staf yang tidak dapat membuat keputusan atau tidak mempunyai arah atau matlamat hidup yang jelas. (iv) Staf yang mempunyai nilai penghargaan kendiri yang rendah (low self-esteem) serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada. Prosedur mengenai urusan kaunseling staf seperti terkandung dalam Lampiran 2 Prosedur Kaunseling Staf. 3 (5) Menamatkan Perkhidmatan Staf Sekiranya staf yang bermasalah merupakan staf lantikan kontrak atau dalam tempoh percubaan, hendaklah memperakukan kepada BSM supaya perkhidmatan staf ditamatkan tertakluk kepada masalah staf berkenaan bukan berkaitan dengan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Prosedur mengenai penamatan perkhidmatan staf adalah seperti di Lampiran 3 Prosedur Penamatan Perkhidmatan Staf. (6) Persaraan atas sebab kesihatan Sekiranya permasalahan staf melibatkan kesihatan, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan kepada BSM supaya staf tersebut dirujuk ke Lembaga Perubatan, bagi membolehkan staf dibersarakan atas sebab kesihatan. Prosedur mengenai urusan membersarakan seseorang staf atas sebab kesihatan adalah seperti diberikan dalam Lampiran 4 Prosedur Memperakukan Staf ke Lembaga Perubatan. (7) Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA) Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada BSM staf berikut untuk PDKPA: (a) Prestasinya berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pada satu (1) tahun sebelumnya berada pada tahap kurang daripada 60% tetapi berasaskan latar belakang perkhidmatannya, tidak sesuai untuk diambil tindakan tatatertib; atau (b) Menghadapi masalah kesihatan berterusan yang menyebabkan prestasi perkhidmatannya terjejas dan pegawai tidak berkeupayaan menjalankan tugas sehingga menyebabkan beliau tidak dapat memberi sumbangan setaraf dengan bidang tugas gred jawatan yang disandangnya, tetapi pegawai tidak memenuhi syarat untuk dibersarakan atas sebab kesihatan. 4 Prosedur PDKPA adalah seperti terkandung dalam Lampiran 5 Prosedur Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA) Sekiranya staf telah mencapai umur persaraan pilihan sendiri maka staf tersebut boleh dinasihat untuk memohon persaraan awal (persaraan pilihan sendiri). (8) Tindakan Tatatertib Bagi kes kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tataterib berdasarkan peruntukan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Prosedur tindakan tatatertib adalah seperti diberikan dalam Lampiran 6 Prosedur Tindakan Tatatertib Di Peringkat PTj. Penutup 6. Panduan ini akan menjadi rujukan bagi membantu Ketua Jabatan dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap staf bermasalah di Jabatan masing-masing. Mana-mana Ketua Jabatan dan pegawai yang gagal mengambil tindakan sewajarnya seperti dinyatakan dalam panduan ini (tanpa alasan yang munasabah) boleh disifatkan sebagai telah cuai atau telah tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dan boleh dikenakan tindakan termasuk tindakan tatatertib. Sumber Rujukan: (1) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) (2) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) (3) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007 Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (4) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998 Garis panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai Yang Bermasalah (5) Skim Perkhidmatan Perubatan Universiti Malaya Tahun (6) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Ruj : JPA.BK(S)223/9/3 (36) bertarikh Penguatkuasaan Kawalan dan Pengawasan Tatatertib oleh Penyelia/Ketua Jabatan (7) Perintah Am 5 Lampiran 1 PROSEDUR PEMOTONGAN EMOLUMEN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Definisi Tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah. 2. Kategori Tidak Hadir Bertugas Staf yang tidak hadir bertugas boleh dikategorikan seperti berikut: (1) Tidak hadir bertugas dan dapat dikesan; (2) Tidak hadir 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan; (3) Tidak hadir bertugas; (4) Meminda Sijil Cuti Sakit; (5) Kemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu; (6) Tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja). 3. Tindakan Ketua Jabatan (1) Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan Staf yang tidak hadir sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau berselang-seli. Tindakan yang perlu diambil: (a) semak permohonan cuti staf pada hari yang berkenaan; (b) (c) Jika ada rekod permohonan, pertimbangkan kelulusan; Jika permohonan staf tidak diluluskan atau staf tidak memberi maklum balas ketidakhadiran: 6 (i) dapatkan penjelasan secara bertulis/lisan; (ii) timbangkan penjelasan yang dikemukakan; (iii) sekiranya penjelasan lanjut staf tidak dapat diterima, maka staf dianggap sebagai tidak hadir bertugas. Sekiranya penyelia bukan Ketua Jabatan, penyelia hendaklah melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai ketidakhadiran staf, jika penjelasan staf ditolak. (d) Bagi kes yang diputuskan sebagai tidak hadir bertugas, laporkan kepada: (i) (ii) BSM - untuk pemotongan emolumen di bawah Perintah Am 14A, Bab C. Contoh format seperti di Kembaran A; dan/atau Jawatankuasa Tatatertib (Rujuk Lampiran 6 [m/s 37]). Contoh format seperti di Kembaran B. Carta alir bagi proses tindakan kepada staf yang tidak hadir bertugas dan dapat dikesan seperti di Kembaran C. (2) Tidak Hadir Bertugas Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut- Turut Dan Tidak Dapat Dikesan Staf tidak hadir bertugas tujuh hari bekerja berturut-turut dan usaha untuk mengesan staf telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada JKTT serta memaklumkan ketidakhadiran staf kepada BSM untuk pemotongan atau tahan emolumen. (3) Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu (a) Sekiranya Penyelia/Ketua Jabatan meragui dan mengesyaki kesahihan Sijil Cuti Sakit yang dikemukakan oleh staf. Ketua Jabatan perlu menyiasat dan melaporkan jika didapati berlaku pelanggaran dengan menyertakan dokumen berkaitan. (b) Tindakan yang perlu diambil oleh Penyelia/Ketua Jabatan: (i) (ii) Menyiasat kesahihan Sijil Cuti Sakit staf. Jika terbukti staf telah melakukan pemalsuan/ pindaan Sijil Cuti Sakit, Ketua Jabatan hendaklah membuat laporan kepada: (A) BSM - untuk pemotongan emolumen (Contoh format seperti di Kembaran D) (B) JKTT - untuk tindakan tatatertib (Contoh format seperti di Kembaran E). 7 (C) Membuat laporan polis jika didapati wujud unsur-unsur pemalsuan Sijil Cuti Sakit oleh sindiket. Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas: meminda Sijil Cuti Sakit atau mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu seperti di Kembaran F. (4) Tidak Hadir Bertugas Pada Masa Dan Tempat Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja) Staf tidak hadir atau tidak berada pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan atau diarahkan dari semasa ke semasa atau ponteng kerja. Ketua Jabatan perlu memantau staf dan melaporkan ke JKTT. Tindakan yang perlu diambil oleh Penyelia/Ketua Jabatan: (a) Memantau kehadiran staf melalui pemerhatian/buku log/ CCTV atau apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai. (b) Mendapatkan penjelasan berhubung ketidakhadiran staf (ponteng kerja) secara bertulis/lisan. (c) Melaporkan kepada JKTT jika penjelasan tidak berasas. (Contoh format seperti di Kembaran G). Carta alir proses tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja) seperti di Kembaran H. 8 Kembaran A Format LAPORAN KEPADA BSM UNTUK PEMOTONGAN EMOLUMEN KES KETIDAKHADIRAN (rujukan fail) (tarikh) Ketua Unit Perkhidmatan Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya Tuan/Puan, ARAHAN PEMOTONGAN EMOLUMEN - (Nama staf, Skim Pekhidmatan, Gred dan Jabatan Tempat Bertugas) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa staf di atas didapati tidak hadir tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh berikut: Bulan Tarikh Hari Bil Hari JUMLAH HARI 3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan diharap dapat membuat pemotongan gaji staf pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, harap maklum. Yang benar, (Tandatangan).. (NAMA KETUA JABATAN STAF) Jawatan Jabatan s.k Ketua Pusat Tanggungjawab 9 Kembaran B MELAPORKAN KE JAWATANKUASA TATATERTIB KES TIDAK HADIR BERTUGAS (rujukan fail) (tarikh) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya yang berkenaan Sekretariat Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya Unit Perundangan Aras 7, Bangunan Canseleri Universiti Malaya Tuan/Puan, LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS - (Nama Staf, No Gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, Dan Jabatan Tempat Bertugas) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (Nama Staf, No gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh berikut: Bulan Tarikh Hari Bil Hari JUMLAH HARI 3. Staf berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh) dan beliau telah menerima surat tersebut pada (nyatakan tarikh). Walau bagaimanapun staf gagal mematuhi arahan tersebut. Dengan ini staf boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 22, Bahagian III Peraturan-peraturan Tatatertib Badanbadan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 3(2) (g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 4. Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut sebagai bukti: (1) (2) Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan/puan selanjutnya. Sekian. Yang benar, (Tandatangan).. (NAMA KETUA JABATAN STAF) Jawatan Jabatan s.k Ketua Pusat Tanggungjawab Ketua Unit Perkhidmatan, BSM 10 Kembaran C PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN PERINGKAT PTJ Tempoh Tindakan Tidak Hadir Bertugas dan Dapat Dikesan KJ/Penyelian kenalpasti staf yang tidak hadir dan semak permohonan cuti staf Tidak Ada momohon Ya 2 hari KJ/Penyelia dapatkan penjelasan secara KJ/Penyelia luluskan cuti 3 hari bertulis dan lisan Tidak Terima Ya Tamat 2 hari Penyelian lapor ke KTJ/KJ Tamat KTJ/KJ/Penyelia buat laporan ke BSM untuk pemotongan emolumen staf/kepada Lembaga Tatatertib 2 hari 11 Kembaran D Format LAPORAN KEPADA BSM UNTUK PEMOTONGAN EMOLUMEN KES PEMALSUAN/ PINDAAN CUTI SAKIT (rujukan fail) (tarikh) Ketua Unit Perkhidmatan Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya Tuan/Puan, ARAHAN PEMOTONGAN EMOLUMEN - (Nama staf, Skim Perkhidmatan, Gred dan Jabatan) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa staf di atas didapati telah mengemukakan sijil cuti sakit palsu/ meminda sijil cuti sakit. Oleh yang demikian staf disifatkan sebagai tidak hadir tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh berikut: Bulan Tarikh Hari Bil Hari JUMLAH HARI 3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan diharap dapat membuat pemotongan emolumen staf pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, harap maklum. Yang benar, (Tandatangan).. (NAMA KETUA JABATAN STAF) Jawatan Jabatan s.k Ketua Pusat Tanggungjawab 12 Kembaran E MELAPORKAN KE JAWATANKUASA TATATERTIB KES PEMALSUAN/ PINDAAN CUTI SAKIT (rujukan fail) (tarikh) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya yang berkenaan Sekretariat Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya Unit Perundangan Aras 7, Bangunan Canseleri Universiti Malaya Tuan/Puan, LAPORAN MENGENAI PEMALSUAN/PINDAAN SIJIL CUTI SAKIT - (Nama Staf, No Gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, Dan Jabatan Tempat Bertugas) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (Nama Staf, No gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati telah mengemukakan sijil cuti sakit palsu/meminda sijil cuti sakit pada tarikh berikut: Tarikh Hari Bilangan Hari 3. Oleh yang demikian staf disifatkan sebagai tidak hadir tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah. Dengan ini staf boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 22, Bahagian III Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 3(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 4. Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut sebagai bukti: (1) (2) Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan/puan selanjutnya. Sekian. Yang benar, (Tandatangan).. (NAMA KETUA JABATAN STAF) Jawatan Jabatan s.k Ketua Pusat Tanggungjawab Ketua Unit Perkhidmatan, BSM 13 Kembaran F PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN PERINGKAT PTJ Tempoh Tindakan Tidak Hadir Berugas: Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu KJ/ Penyelia terima Cuti Sakit daripada staf 1 hari Ya Sijil Cuti Sakit sah? Sijil Cuti diragui KJ/Penyelia luluskan Cuti Sakit KJ/Penyelia siasat kesahihan Sijil Cuti Sakit 3 hari Tamat Ya Sah? Tidak/Palsu KJ/Penyelia lulus Tamat 1 hari KJ lapor KJ lapor ke KJ buat laporan BSM untuk JKTT untuk polis permotongan tindakan emolumen staf tatatertib 14 Kembaran G MELAPORKAN KE JAWATANKUASA TATATERTIB KES TIDAK HADIR BERTUGAS PADA MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN (PONTENG KERJA) (rujukan fail) (tarikh) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya yang berkenaan Sekretariat Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya Unit Perundangan Aras 7, Bangunan Canseleri Universiti Malaya Tuan/Puan, LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS PADA MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN - (Nama Staf, No Gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, Dan Jabatan Tempat Bertugas) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa (Nama Staf, No gaji, Skim Perkhidmatan dan Gred, dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas pada masa dan tempat ditetapkan pada tarikh, masa dan tempat berikut: Tarikh Masa Tempat Tugas Diarahkan 3. Staf berkenaan telah menerima arahan dengan jelas perlu berada di tempat yang ditetapkan untuk menjalankan arahan/tanggungjawab di atas. Walau bagaimanapun staf gagal mematuhi arahan tersebut. Dengan ini staf boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 22, Bahagian III Peraturanperaturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 3(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. 4. Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut sebagai bukti: (1) (2) Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan/puan selanjutnya. Sekian. Yang benar, (Tandatangan).. (NAMA KETUA JABATAN STAF) Jawatan Jabatan s.k Ketua Pusat Tanggungjawab Ketua Unit Perkhidmatan, BSM 15 Kembaran H PROSEDUR TINDAKAN DISPLIN PERINGKAT PTJ Tempoh Tindakan Tidak Hadir Bertugas Pasa Masa dan Tempat Yang Ditetapkan (ponteng kerja) KJ kenal pasti staf 1 minggu KJ/Penyelia pantau kehadiran 2 minggu KJ dapatkan penjelasan bertulis/lisan 3 hari KJ lapor ke JKTT jika penjelasan tidak berasas 2 hari 16 Lampiran 2 PROSEDUR KAUNSELING STAF 1. Definisi Kaunseling staf merujuk kepada sesi pertemuan di antara Pegawai Psikologi (PPs) dengan staf yang dikenalpasti bermasalah (selepas ini disebut sebagai Staf Yang Dirujuk (SYD) oleh PTj untuk mengikuti sesi kaunseling. Maklumat dalam sesi ini merupakan dokumen sulit dan dianggap sebagai rekod rasmi staf. Staf yang Dirujuk (SYD) merujuk kepada staf bermasalah yang dirujuk kepada BSM yang telah melalui proses perundingan dan amaran (lisan dan bertulis) di PTj. 2. Jenis kes yang dirujuk untuk Sesi Kaunseling (1) Staf yang normal tetapi mempunyai masalah seharian yang tidak dapat disele
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks